Friday, April 9

Percutian di Langkawi

4 Apr - 7 Apr

Our very 1st trip ber5. Kitorang pegi dgn kereta dr KL ke Jeti Kuala Perlis. Then ambik Feri ke Pulau Langkawi. Di Langkawi sewa kereta utk pusing2 pulau..



Sempat bermlm di Alor Setar sbb sampai Kedah dah mlm. Bertolak dr KL pun dah agak lewat sbb ada urusan yg tak dpt dielakkan


Sebagai pilihan actually blh drive sampai Jeti Kuala Kedah & ambik Feri tp perjalanan Feri akan ambil masa lbh 2 jam. Sbb tu ambik dr Kuala Perlis. Lgpun jrk antara Kuala Kedah ke Kuala Perlis cuma lbh krg 1 jam.

Sampai Jeti Kuala Perlis, parking kereta di parking yg disediakan. Bayaran RM8 sehari. Org sykt parking ni dia blh tlg tempah kereta sewa ngan hotel/chalet/motel utk sapa yg nak (dia ambik komisen, so kita kena byr lbh sikit la..dlm RM10). Tp kalau dtg time tak peak mcm kami, actually tak tempah awal pun tak apa. Tapi kalau dtg time cuti sekolah atau time ada big event kat Langkawi..paham2 jela, tempahla lbh awal sblm tarikh perjlnan.

Then ambik tiket Feri ke Langkawi. Dewasa RM18 & Kanak2 3-12thn RM13 (kalau anak saiz kecik sanggup nak pangku tak perlu beli tiket kanak2)

Perjalanan Feri dr Kuala Perlis ke Langkawi ambil masa dlm 1 jam shj. Jgn risau, dlm Feri ada TV, dia pasang DVD..kalau tak nak tgk blh la menikmati permandangan air laut & pulau2 yg ada disepanjang perjalanan. Masa ni laut tenang, jd Feri pun jln rilek...

Sampai Jeti Langkawi kami pun cari kereta sewa, kitorg sewa Iswara. Mcm biasa la, nama pun keta sewa...mmg la hazab keadaannya. Asal blh jln... Sehari RM60
Jgn lupa....sblm ke mana2 tu kena la isi minyak & angin dulu..

Dah dpt keta, kitorang pun proceed ke Pantai Cenang sbb tempah bilik kat Cenang..Kat tpt keta sewa kitorg ada ambik peta Langkawi. So, berdasarkan peta..kitorg pun trskan misi mencari destinasi di Pantai Cenang. Actually, after beberapa kali tgk peta ni..kitorg dah naik hafal..Kat sini yg bestnya..tak takut sesat..mmg tak sesat punya, Insyaallah.

Kat Pantai Cenang ni mmg byk Motel/Resort/Chalet/Hotel..bersepah2 sepanjang jln. Kedai2 jualan & kedai mkn pun byk. Satu lg Spa..Foreigner pun ramai kat sini.




Pemandangan belakang kawasan penginapan kitorg...Tepi pantai. Kuar bilik, trs blh turun ke pantai. Kitorg duduk bilik dgn 2 katil besar.


Lepas simpan2 brg kitorang pun pusing2 tgk2 mana tpt menarik nak pegi (mmg berbaloi2 kalau sewa keta sepanjang kat sini berbanding naik teksi. Kalau dtg sorang atau berdua blh sewa scooter je..)


Day 1

At last pilih utk pergi tgk Telaga Tujuh. Telaga Tujuh ni terletak kat atas bukit yg sgt curam. Tp kat tpt tu selain jln biasa, ada disediakan tangga utk naik ke atas. Tgk dr bwh mmg rasa mcm nak telentang ke belakang la kalau naik jln tu..nak gmbrkan betapa curam jln tu.

Ingatkan dkt je nak sampai..rupa2 jauh. Aku ngan bdk2 naik tak sampai separuh jln. Aku mcm nak tercabut kepala lutut dah. Menggigil kepenatan. Dah la takde warm up..last2 Ayah sorang2 naik. Time ni dah petang, kitorg sampai pun dah kul 6. Gerai2 kat bwh pun dah tutup. Kebanyakan org dah trn tp ada jgk 2-3 org yg br nak naik mcm kitorg.

Separuh jln nak sampai puncak tu ada waterfall. Kalau tak nak naik atas trs blh gi refresh kat waterfall..

Ayah sampai jgk kat puncak & sempat snap beberapa gmbr sebagai kenangan. Mmg takde org kat atas tu.





Antara gmbr Telaga Tujuh


On the way blk dr Telaga Tujuh kitorg pusing2 kawasan Langkawi Quay (tpt kapal2 layar berehat). Tpt ni dkt ngan pam minyak Petronas. Berenti kejap utk isi angin tayar keta sambil2 snap2 kapal layar. Blh tgk la ramai foreigner. Sekejap2 ada la yg bwk tong isi minyak, utk kapal layar la gamaknya..





Gmbr tak berapa cantik. Pemandangan sebenar mmg cantik tpt ni. Dkt2 sini gak ada rmh api tp tak sempat nak pegi sbb dah lwt.


Telaga Tujuh ni ltknya dipenghujung jln. Yg aku perasan..Hotel2 mewah kebanyakannya kat area ni..blh kata duk dlm ceruk2 la. Diorg tak duk tgh pekan/dekat jln yg sibuk.


Day 2

Sesi pagi kitorg gi redah shopping complex/kedai2 dulu. Tgk2 kalau2 ada apa nak beli. Actually aku tak la arif sgt ngan harga brg2 ni sbb kat sini pun jrg nak tgk2 pinggan mangkuk, kain batik ni. Coklat2 pun aku sbnrnya tak tau apa harga kat sini. Tp yg aku pasti, harga beg yg besar2 tu mmg murah..

Dah siap redah kedai2 kitorang pun pegi ke Kota Mahsuri nak tgk Makam Mahsuri la pulak..
Kat luar kota Mahsuri ni pun byk kedai2 jual kain batik, minyak gamat, herba & ubat2 traditional, ibu gamat, minyak2, kain baju & souvenir. Produk gamat ada yg diproses sendiri & yg di kilang. Harga yg diproses sendiri lebih murah.


Kota Mahsuri. Byrn msuk RM5




Gambar atas sekali tu Makam Mahsuri. Yg ada telaga tu Telaga Mahsuri. Yg last gambar k.long & k.ngah dgn pemain2 muzik tradisional. Kat sini jgk ada mini zoo, ada ambik gambar haiwan2 tp lbh krg mcm tmn haiwan lain jgk la..





Day 3

Bdk2 dah tak sabar nak mandi laut sbb bukak pintu je nampak air. So, hr ni pagi2 bgn trs gi main kat pantai.




Perasan tak, rambut dua2 dah pendek. Potong ptg semlmnya kat kedai amoi. RM10 utk 2 org



Ni gambar kat kedai gunting. Rambut k.long dah pendek. Adik Eesya lak sdp tido smbil menunggu













Abis mandi laut siap2 nak pi ukur jln lg. Kali ni last shopping, nak beli buah tgn utk mak2 kat kg.
Cuaca kat sini time ni mmg panas terik. Berpeluh2 msg2.
Hbs beli buah tgn kitorg pegi Wild Life Park



Wild Life Park. Masuk RM12
Kat pintu msuk boleh beli sayur, buah2, kacang2 buat bagi mkn haiwan kat dlm




Paling meriah masa k.long ngan k.ngah bg mkn rabbit. Takut2 berani je diorg. Pastu bila carrot dah hbs diorg buat muka tak malu kat Pak Arab tu tumpang sekaki pulak.
Byk lg haiwan2 lain tp lbh krg sama dgn tmn haiwan lain. So layan gambar bdk2 ni jela..



Blk dr Wild Life Park Ayah plk ajak mandi laut. Syok la bdk2 ni termasuk Adik Eesya





Day 4

Hari utk bertolak blk. Tamat la percutian kami di Pulau Langkawi
Bgn pg bkk TV dgr berita pasal gempa kuat kat Indonesia & amaran tsunami utk Kedah, Penang & Perlis. Suspen la jgk, dah la duk tepi pantai. Nak blk kena rentas laut..Nasib baik tak lama lps tu amaran di trk blk






Di Jeti Langkawi nak ke Kuala Perlis. Dtg bwk 1 beg, blk tetiba ada 2 beg + 1 beg kecik k.long yg dia tarik tu.

7 comments:

Your Average Mat said...

Seronok tengok sekeluarga bercuti. Jika datang Langkawi lagi boleh sewa kereta pandu sendiri dengan kami. Al- Falah Rental

sewakeretalangkawi.blogspot.com

beep's said...

bestnye dpt bercuti..sya pun nak gi sna bln 7 nanti...gamble jer...urmm nak tnya blh, peta langkawi nak dpt kat mna ye :)

Sue said...

beep's : kitorg amik peta kat tpt kereta sewa dkt jeti..

Adry@Daun said...

As salam,
Saya kerja dan tinggal di Lgkwi. Nk betulkan fakta ttg pjlnn feri dari Kuala Kedah ke Langkawi. Ia mengambil masa kira2 1 jam 15 minit hingga 1 jam setengah. Penang ke Lgkwi, 2 jam setengah. Dari Penang ke sini hanya ada 2 trip sj iaitu 8.15am dan 8.30am.

Anonymous said...

npa xg underwaterworld

Sue said...

mungkin kain kali :)

mrs solehin said...

salam, boleh tnya..tdo bermalam di chalet mane ek?sbb berdekatan dengan pantai..terima kasih