Wednesday, November 24

Petua Masakan/Dapur Yg Amat Simple & Berguna


Hari ni nak kongsi sikit pasal petua. Petua2 ni dpt dari seorang tukang masak masa majlis gotong royong.

Petuanya sangat simple & sangat berguna utk kita semua. Tak banyak, tp kalau tak jot down kat sini sah nanti cepat je lupa.

Meh kita tgk antara petua yg ada

= Kita semua biasanya ada stok cili blender kan kat umah.. senang bila nak masak sambal ke, masak pedas ke. Biasa tak jd, bila dah sekali dua guna, cili tu dah mula nampak tak cantik dan bau pun dah tak berapa ori, pastu rasanya jd agak masam? Ok, bagi mengelakkan ini berlaku & cili blender tahan lebih lama.. masa simpan tu, campurkan siap2 dgn garam. Insyaallah cili blender kita akan tahan lebih lama dan tidak jd masam..

= Bg yg suka makan rendang pulak, boleh jg buat stok pes rendang utk disimpan dlm peti ais. Caranya sama mcm cili blender td. Campurkan dgn garam, insyaallah blh thn berbulan2 wp letak bhgn bwh.. kalau ltk sejuk beku lg lamalah tahannya. Tp kena ingatlah yg bhn tu dah bergaram.. jgn nanti masak ltk lg byk2 sudah.. darah tinggi pulak jdnya..

= Korang suka mkn daging atau ayam pencen?.. 2 mknn ni kan liat kalau tak kena gaya masak. Jd utk melembutkannya.. campurkan masakan dgn madu. Insyaallah cpt je daging/ayam pencen tu lembut. Tak perlula nak gigit sampai tertanggal gigi palsu ye..

= Kalau nak menumis pulak, cthnya macam bihun goreng.. tak digalakkan guna bawang blender. Sebabnya kita biasa akan tumis cili kan.. so kalau guna bawang blender, bawang akan cepat hangit, kuali berkerak dan cili tak masak betul2. Jd lbh baik jika bawang dihiris sahaja..

= Satu lg pasal kuah sate/kuah kacang.. yg ni ingat2 lupa, tp kalau tak salah mcm ni.. Kan bila masak kuah kacang kita akan ketuk serai utk dimasukkan.. Jd kalau takde serai, blh juga gunakan halia yg diketuk.. Cubala ye, saya pun tak tau sbb tak pernah buat..

= Pasal masak lemak cili api pulak.. rasanya yg ni mmg tak asing lg, especially bg org negeri 9. Utk dptkan rasa yg original, jgn gunakan bawang.. cukup dgn kunyit & cili api


Itulah serba sedikit yg saya dpt hasil main masak2 hari tu.. Harap berguna utk ahli2 dapur sekalian :)



So, uoll ada apa2 petua nak kongsi/tambah?






6 comments:

Azian Elias said...

suka part daging campur madu tu.. boleh coba nnt..

Unknown said...

ADA PETUA NI BESH NI..HEHHEE

Sue said...

jom sama2 kita cuba ye..

mamawana said...

Pandai laaa adik akak ni bagi petua2 memasak. Gracias.

Sue said...

bkn petua sendiri pun.. setakat berkongsi

Aril Impian said...

Erm petua ni boleh dicuba thanks dengan sharing ni..