Wednesday, September 6

Turn Zara Buat IC


Zara dah 12 thn

Kami ke JPN pada 7 Aug utk buat IC zara
Dah byk perubahan & penambahbaikan bila berurusan di JPN

Yg perlu dibawa semasa nak buat IC
Sijil kelahiran anak
IC ibu/bapa
Utiliti bil jika alamat IC parent tak sama dgn anak

Sampai, ambil nombor & tunggu giliran
Sekarang dah tak perlu isi borang

Sampai giliran, serahkan dokumen pada pegawai bertugas & dia akan tanya adakah alamat nak ikut sijil lahir. Kemudian dia akan print & boleh semak pastikan maklumat betul
Ambil cap jari kiri & kanan
Kemudian tunggu pula turn utk ambil gambar
Sampai turn, ambil gambar & siap
Di cawangan maluri kad akan siap dlm 2 minggu. FOC

Ambil gambar ikut nasib, kalau takde reflection, boleh pakai cermin mata, kalau tak kena buka

Dtg pagi time belum ramai org, sekejap je dah settle

Ibu pun tukar IC juga sbb IC masih yg lama zaman muda remaja. Kadang cip tak blh baca. Yg ni kena bayar RM10
IC lama diorang ambik & potong dpn kita
Sedih.. maklumlah IC tu gambar zaman muda 😅
Lps ambik gambar dpt IC sementara


No comments: