Lepas habis seminar kami ke Pantai Pandawa
Tiket masuk 25k Rp seorang
Tiket shuttle 30k Rp seorang
Kat sini kami just ambil gambar & enjoy the view
Ramai orang ye kat atas ni
Pandai2 la nak ambil gambar
Orang beratur tunggu buggy untuk turun semula
Kemudian kami makan dulu sebelum pergi shopping souvenir di Krisna oleh-oleh bali
Selesai shopping, kami ke Wong Solo & bungkus makanan sebelum balik ke hotel
19 June
Kami check out awal dalam 8.15am sebab nak pergi melawat beberapa tempat
Lepas check out, kami bertolak ke Ubud
Kami pergi ke Rice Terrace (Uma Ceking)
Tiket masuk 50k Rp seorang (tanpa pakej swing)
Kami just jalan2 & ambil gambar
View cantik tapi ada few things to take note
Rice terrace ni kawasan bukit & curam. Tangga pun curam. Tiada pagar atau pemegang tangan. Kanak2 & orang tua tak sesuai datang sini
Kena ada stamina kalau nak turun ke bawah dan naik semula. Turun naik tangga
Kena berhati-hati. Nak ambil gambar pun kena hati2 takut salah langkah boleh jatuh.. tinggi ye
Sebelum keluar kami minum dulu sebab dah penat
Side note : Kadang2 nak dapat view cantik ni, kena naik turun bukit, jalan berliku2 baru sampai ke destinasi. Disebalik sesuatu yang indah ada cabaran yang jarang diceritakan
Seterusnya kami ke Coffee Plantation (Cantik Agriculture)
Masuk percuma
Staff akan explain tentang tanaman kopi & pemprosesan kopi secara traditional
Menurut staff, luwak ni bukan permanent di sini. Luwak ni akan dilepaskan & diganti dengan yang lain
Kemudian boleh mencuba pelbagai jenis kopi & teh (percuma)
Sebelum keluar kami beli beberapa barang di souvenir shop
Tempat terakhir kami lawati, kedai batik Sari Amerta
Kami cuma beli beberapa souvenir di sini
Lepas tu kami teruskan perjalanan ke airport
Flight kami pada pukul 7.20pm
Waktu kami di sini, penduduk Bali sambut hari raya (galungan & kuningan). Jalan kurang sesak waktu ni sebab diorang stay di rumah
Sampai airport masih awal, kaunter belum buka. Kami masuk souvenir shop. Agak menarik juga souvenir di airport. Tapi masa nak bayar tak boleh QR touch & go ewallet pula & cash tak cukup. Memusing pula cari money changer
Kami beli kain batik & coklat. Dah siap bayar, kaunter check in pun dah dibuka
No comments:
Post a Comment