Stay sini sebab seminar diadakan di sini
16/6 7pm - welcome drink
17/6 9am to 9.30pm - whole day seminar including dinner
18/6 9.30am to 2pm seminar including farewell lunch
Entrance hotel ni kecil je kalau tengok dari jalan utama. Dari entrance ke lobi agak jauh. Kalau nak keluar berjalan kaki, boleh naik buggy dari lobi & nak masuk balik boleh minta security panggilkan buggy
Bilik kami king bed, garden view. Room 314
Untuk power tak perlukan keycard. Memang dah ada kad khas untuk power
Toileteries lengkap. Shower cream, shampoo, conditioner, body lotion & face wash. Berus & ubat gigi, span mandi pun ada
Di sinki juga disediakan still water untuk berkumur
Tak perlu pun bawa toileteries sendiri
Ada shower, bathtub, toilet & 2 sinki
Bathroom open, tiada pintu
Tapi ada sliding door antara bathroom dengan kawasan katil
Alarm clock dia JBL. Bunyi alarm pun sedap je
Bilik2 hotel just sebahagian saja. Selebihnya villa2
Dapat tahu dari pemandu kami, bangunan di Bali max 5 tingkat sahaja sebab tak boleh lebih tinggi dari temple
Servis di hotel ni memang 5 ⭐
Dari sampai, check in, staff tunjukkan bilik & siap offer untuk explain tentang bilik
Housekeeping 2x sehari
Hotel ni memang best untuk relaxing
Ada muzik, banyak sofa
Duduk je staff akan datang. Nak order makanan/minuman atau ada apa2 nak diorang tolong, cakap je
View cantik by the beach
Tapi tak boleh mandi laut kat sini sebab ombak kuat
Performance during welcome drink
Service untuk buffet breakfast pun 5 ⭐
Datang restoran, bagi nombor bilik & staff akan assign meja
Coffee, tea, juice boleh order dengan staff
Some other food pun boleh order selain ambil dari buffet spread
Breakfast 6.30am sampai 11am
Memang best stay kat sini
Tapi...
Hotel ni tak sesuai untuk muslim dari segi makanan sebab restoran serve pork menu