Dalam post ni saya nak share taman mini saya. Balkoni ni tak dapat direct sunlight, jadi pokok2 yg berjaya survive ni jenis pokok yg senang hidup/susah mati..😀
Pernah cuba tanam sayur tp tak berjaya
Tp skrg saya dah beli grow light, mungkin boleh try semula tanam sayur nanti
Jom tgk pokok apa yg ada di taman mini saya
Money plant
Pokok paling basic, sesuai utk beginner
Boleh hidup di tempat kurang cahaya
Kalau dpt cahaya lagi meriah daun dia
Bila dah start menjalar blh potong dan tanam lagi
Dari 1 pasu blh dpt berpasu2
Lidah jin
Lidah jin saya dormant (macam tak hidup tapi tak mati) begitu lama sebelum dia membesar & membiak
Skrg saya dah ada beberapa pokok lidah jin
Aloe vera
Aloe vera pun sama, dormant begitu lama
Pasu pink tu ada anak tp malas nak pindahkan 😅
Purple heart
Pokok ni pun sesuai sgt utk beginner, senang hidup
Bila dah berjuntai2 potong dan tanam lagi
Senang diperbanyakkan
Oyster plant/Rhoeo
Pokok ni pun senang hidup, susah mati & senang diperbanyakkan
Kalau cukup cahaya dia akan gemuk & warna daun cantik
Alternanthera ficoidea red
Pokok ni baru bawa dari kampung
Suka warna daun dia
Tradescantia zebrina/Wandering jew
Pokok ni pun sangat senang hidup
Dia akan berjuntai. Kena pastikan cukup air & cahaya, baru cantik
Kalau nak rimbun kena rajin potong pucuk & cucuk balik
Kalau lama tak dipedulikan daun dia layu & botak di bawah. Jadi kena potong & tanam semula
Kaktus
Ini anak kaktus dari satu pokok induk
Satu nampak hidup, yg lain mcm dormant
Lidah jin sebelah dia tu dah beranak byk kali. Anak latest masih belum dipindahkan
Mahkota berduri
Yang ni pun baru bawa dari kampung
Satu2nya pokok berbunga. Harap dia boleh survive
Setawar
Senang hidup
Mungkin tak cukup air atau cahaya, dia selalu meninggi & botak di bawah. Jadi saya akan cabut, potong bhgn bawah & tanam semula
Begonia martin mystery
Senang hidup & senang mati
Tinggal sejemput ni je 😅
Bayam hiasan/Iresine hebstii
Pokok ni pun baru bawa dari kampung
Nanti nak kena potong bhgn atas & cucuk balik
Pedilanthus/Devil's back bone
Pokok ni pun dormant lama. Perlukan banyak cahaya baru dia banyak berdaun
Bayam brazil
Trial utk pokok sayur
Sebelum ni pernah tanam tp tak menjadi. Now cuba lagi dgn grow light
Setakat ni itu saja pokok yg ada, penuh juga balkoni comel tu
Items utk setup mini garden ni dari shopee je
>> Grow light
No comments:
Post a Comment